Melangkah kaki kanan. | Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk berkurung siang malam. | Orang yang tak keluar-keluar dari rumahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti penjajap berpaling hendak hilir. | Perempuan yang berjalan keluar dari rumahnya, hebat dan menarik. penjajap = kapal perang orang Melayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya. | Orang berkuasa di rumahnya masing-masing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan. | Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau. | Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |