Kasihkan padi buangkan rumput-rumput. | Jika kasihan anak isteri, hendaklah berhenti daripada mengasihi perempuan lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput. | Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain. (Bandingkan dengan: a. Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput, b. Kasihkan padi buangkan rumput-rumput). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rumput mencari kuda. | Perempuan yang mencari lelaki. (Peribahasa lain yang sama makna: Perigi mencari timba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali. | Orang melarat mendapat pertolongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga. | Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput. | Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri. (Bandingkan dengan: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar. | Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Embun di hujung rumput. | Tiada kekal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencari penjahit dalam rumput. | Pekerjaan yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti sayur dengan rumput. | Banyak bezanya; berlainan benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |