| Runcing telunjuk memalit sambal lada. | Hidup miskin dan melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Runcing tanduk bangkah kening. | Sudah terkenal jahatnya. bangkah kening = dahinya berbelang, tanda jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kerbau runcing tanduk. | Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau [= lembu] tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai tuntung jarum dilaga. | Sesuatu yang tidak tetap (lekas berubah, rosak dan sebagainya). tuntung = hujung yang runcing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dientak (hentak) alu luncung. | Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ditembak petus tunggal). luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kerbau (= lembu) tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga. | Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pepat di luar, pancung (= rancung) di dalam. | Baik pada lahirnya, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih di luar, kuning di dalam). pancung = bersegi runcing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |