Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[run.di.ngan] | رونديڠن

Definisi : 1. perbincangan antara dua atau banyak utk menyelesaikan masalah (per­telingkahan, persengketaan, dsb atau men­capai sesuatu persetujuan): ~ telah membawa kpd pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kpd perkelahian; persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~; ~ meja bulat rundingan dgn menggunakan meja bulat sbg menunjukkan bahawa pihak-pihak yg terlibat mempunyai taraf yg sama; ~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan meng­hasilkan persesuaian; 2. butir-butir pem­bicaraan (pembincangan dll), isi pembicaraan: segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain; ~ damai pembicaraan utk mencari perdamaian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[run.di.ngan] | رونديڠن

Definisi : majlis dsb utk merundingkan sesuatu; isi atau butir perbicaraan: Kata sepakat itu telah dicapai dlm satu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runding
Kata Terbitan : berunding, merundingkan, rundingan, perundingan, perunding,

Peribahasa

Tertumpang di biduk hilir.

Bermaksud :

Pekerjaan atau rundingan yang lekas selesai.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat.Tiap-tiap kejadian buruk dapat diselesaikan bila kedua belah pihak bersedia untuk berunding atau bermesyuarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tertumpang di biduk hilir.Pekerjaan atau rundingan yang lekas selesai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tohor-tohor sealahan.Tiap-tiap kerja atau rundingan hendaklah diselesaikan satu-satu dulu, sebelum pindah mengerjakan atau merundingkan yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat beban sudah ke tepi.Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mensiang baru dicari, kampil'lah sudah dulu.Keputusan telah diambil lebih dulu sebelum rundingan diperbuat. mensiang = gelagah; kampil = sumpit yang dibuat daripada daun mensiang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas