Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh. | Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya. di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai rupa tokak dibasuh. | Sangat buruk. tokak = kudis besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana rupa begitulah bayangnya. | Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada rupa, ada harga. | Harga barang menurut rupanya (= keadaannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencongak (= mendongak) rupa kerbau jantan kemudian. | Lelaki yang berjalan dengan cemburu di belakang isterinya. mencongak = mengangkat kepala, mendongak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rupa harimau hati tikus. | Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai rupa tungkahan. | Sangat buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai rupa tokak dibasuh). tungkahan = kayu landasan di dapur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tegak seroman-roman, duduk serupa-rupa. | Kelihatannya seperti orang pandai, tetapi tidak senonoh kelakuannya. roman = rupa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi. | Tiap-tiap suatu pekerjaan itu hendaklah dengan sempurna baik pada rupa, pendengaran dan perasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Indah khabar daripada rupa. | Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |