Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam. | Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal. | Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. | Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asal sabut terapung, asal besi tenggelam. | Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai parang buruk, tali sabut tiada tergolok. | Tidak berkuasa melakukan pekerjaan kerana terlalu lemah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beban berat senggulung batu. | Tanggungan yang sangat berat. senggulung = kain (sabut dan sebagainya) yang digulung dan ditaruh di kepala untuk mengganjal barang yang dijunjung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |