| Tangan kanan jangan percaya tangan kiri; luka tangan kanan oleh tangan kiri. | Jangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nasi habis budi bersua. | Sahabat yang sudah kentara budi pekertinya yang kurang baik; baru teringat akan sahabat setelah dalam kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air besar, batu bersibak. | Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. sibak = cerai, menepi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak. | Keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah. | Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bersaksi ke lutut. | Minta pertimbangan kepada orang yang bodoh; sahabat atau sanak saudara dijadikan saksi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Senduk dengan belanga lagi berlaga. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Senduk dan periuk lagi berantuk. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti anak ayam kehilangan induk (= ibu). | Kesusahan kerana bercerai dengan sahabat yang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |