Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin. | Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. dek gerindin = kena sebangsa penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hinggap saja bagai langau. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedatar saja lurah dengan bukit. | Tidak membeza-bezakan orang kaya dengan orang miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak(nya) saja yang besar, masuknya tak (se)berapa. | Banyak cakap, tetapi buktinya sedikit sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gaya saja, rasanya wallah. | Rupanya saja yang elok, tetapi budi pekertinya buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kawin (kahwin) naik basuh kaki saja. | Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik ke rumah bercuti kaki saja). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naik ke rumah bercuci kaki saja. | Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kawin [kahwin] naik basuh kaki saja). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang. | Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batang jangan dibongkar-bongkar, takutkan cacing di bawahnya berlingkar; lain rotan lain akar, walaupun sama boleh dibuat lekar. | Nasib tiap-tiap orang serupa saja, Cuma derajat (darjat) dan kedudukannya saja yang berlainan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hari tidak siang saja. | Tidak selamanya senang terus-menerus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |