| Salangkan tak hujan becak, inikan pula hujan. | Sedangkan tidak melakukan kejahatan telah dituduh, apatah pula kalau benar-benar melakukannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Salangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang. | Sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Senduk dengan belanga lagi berlaga. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Senduk dan periuk lagi berantuk. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |