Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang. | Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah. | Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertemu mura dengan tedung. | Sama-sama pandai dan sama-sama kuat. mura = ular yang sangat bisa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya. | Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk. | Sama-sama ikut bertanggungjawab. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berat sepikul, ringan sejinjing. | Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Ringan sama menjinjing, berat sama memikul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ringan sama menjinjing, berat sama memikul. | Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Berat sepikul, ringan sejinjing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. | Suka duka sama-sama ditanggung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni. | Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. | Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |