Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ma.sa.ma] | سام٢

Definisi : 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama-sama

Puisi
 

Jangan tuan mengail tenggiri,
     Sama-sama mengail sembilang;
Jangan tuan menghina diri,
     Sama-sama dagang terbuang.


Lihat selanjutnya...(201)
Peribahasa

Orang bergayung sama pandai,
     sama bak kundi atas dulang.

Bermaksud :

Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bertemu mura dengan tedung.Sama-sama pandai dan sama-sama kuat. mura = ular yang sangat bisa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang bergayung sama pandai, sama bak kundi atas dulang.Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah.Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk.Sama-sama ikut bertanggungjawab.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah berhati, kuman pun berhati juga.Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Manis seperti (= laksana) gula derawa.Dua orang suami isteri yang sama-sama elok rupa parasnya. (Bandingkan dengan: Manis bagai gula Jawa). gula derawa = air gula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti hulam (ulam) dengan sambal.Tentang perhubungan lelaki dan perempuan yang sama-sama jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berat sepikul, ringan sejinjing.Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Ringan sama menjinjing, berat sama memikul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.Suka duka sama-sama ditanggung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas