Sampah jangan ditendang disepak. | Orang-orang yang miskin jangan dihinakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sampah itu di tepi juga. | Orang yang hina (miskin) sering kali tidak diendahkan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti sampah hanyut. | Orang miskin yang hidup melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Teralang-alang (= terguling-guling) bagai sampah dalam mata. | Kemusykilan yang tak dapat dilahirkan (selalu teringat dan terasa dalam hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. | Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai lobak di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan. | Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi. pemerunan = tempat membakar sampah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah. | Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |