Sampan ada pengayuh tidak. | Hendak melakukan sesuatu, tetapi tidak lengkap alat syaratnya. (Bandingkan dengan: Hendak hinggap tiada berkaki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkayuh sampan bocor. | Kehidupan yang sangat melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana sampan pukat. | Orang yang tidak pernah keluar jauh dari tempat kediamannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada sampan hendak berenang. | Sengaja bersusah payah. (Bandingkan dengan: Ada biduk, serempu pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air besar sampan tak hanyut. | Maksud tidak tercapai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada biduk, serempu pula. | Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki. (Bandingkan dengan: a. Ada sampan hendak berenang, b. Ada sirih hendak makan sepah, c. Ada tangga hendak memanjat tiang). serempu = sejenis sampan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang. | Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dari ajung (= jung) turun ke sampan. | Diturunkan pangkat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ingin hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak. | Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada tangga hendak memanjat tiang. | Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada sirih hendak makan sepah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |