Bagai anjing melintang denai. | Sangat gembira; sangat gembira; sangat sombong. denai = jejak binatang besar di hutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati. | Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati. | Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat. | Tidak pernah merasa puas dengan sesuatu perolehan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seduit dibelah tujuh, sirih sehelai dicabik-cabik. | Bersatu hati; sangat sedikit atau sangat miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan sangat pemilih, takut terkena buku buluh (kelak). | Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memilih sangat, terpilih buku. | Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Pilih-pilih ruas [= tebu], terpilih pada buku [= dilabu muda]. buku = buku buluh atau buku tebu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mudah luka payah sembuhnya. | Mencari perselisihan sangat mudah, tetapi mencari perdamaian sangat sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai aur dengan tebing. | Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepantun kasau dengan bubungan. | Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |