Sumbang mata memandang itik bertaji, ayam berkerat susuh. | Sangatlah ganjil memandang sesuatu perkara yang dilakukan tidak dengan sewajarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi. | Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana lemping terbuang. | Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |