Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.kar] | ساڠکر

Definisi : = sangkaran kurungan (burung dll); ~ ayam a) kurungan ayam; b) sangkak, petarangan, terak, sarang; menyangkarkan memasukkan ke dlm sangkar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.kar] | ساڠکر

Definisi : ; bujur ~ empat persegi; dua meter bujur ~ dua meter persegi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.kar] | ساڠکر

Definisi : 1 = sangkaran tempat me­­ngurung sesuatu; kurungan: ~ ayam kurungan ayam. 2 bahagian yg me­lingkari (melindungi) sesuatu alat: ~ alas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sangkar (kata nama)
Bersinonim dengan sangkaran, kurungan, sangkak, petarangan, terak, serang, kerangkengan, celung, sangluat, reban, kandang, sendong, pasung;,
Kata Terbitan : menyangkarkan,

Puisi
 

Buluh ditutuh dibuat sangkar,
     Hendak menyangkar burung nuri;
Langit runtuh bumi terbakar,
     Ke mana awak melari diri?


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Satu sangkar dua burung.

Bermaksud :

Dua orang perempuan yang menyukai seorang lelaki.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sangkar emas, tenggeran suasa.Lelaki yang menanti isterinya dengan rumah yang bagus serta cukup alat perkakasnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Satu sangkar dua burung.Dua orang perempuan yang menyukai seorang lelaki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berketuk (= berkotek) di luar sangkar, bertanam di luar pagar.Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. (Bandingkan dengan: Rumah sudah tukul [= pahat] berbunyi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana burung diam dalam sangkar.Orang yang terikat hidupnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.Anak gadis dalam pingitan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi.Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas