Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.tan] | سنتن

Definisi : air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.tan] | سنتن

Definisi : air dr kelapa parut yg diramas (berwarna putih spt susu): kepala ~ santan yg agak kental. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata santan

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Santan dibalas dengan tuba.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Santan ke pasu, ampas pun ke tanah.Sesudah tak berguna lalu dibuang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Santan dibalas dengan tuba.Kebaikan dibalas dengan kejahatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meramas santan di kuku.Minta sesuatu kepada orang yang tak punya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti santan dengan tengguli (= gula).Sangat sesuai; sepadan benar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lemah-lembut santan berlada.Perkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungguhpun lemak santan, akhirnya basi juga.Orang muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Santan masuk ke pasu, ampasnya tumpah ke tanah.Sesudah tak berguna lalu dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: Santan ke pasu, ampas pun ke tanah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala.Suatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang.Mendengar nasihat orang, pilihlah yang baik dan buanglah yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas