Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.tu] | ساتو

Definisi : 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seembus (sehembus) naik,
     seembus (sehembus) turun.

Bermaksud :

Sudah satu-satu nafasnya.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu.Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seembus (sehembus) naik, seembus (sehembus) turun.Sudah satu-satu nafasnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tohor-tohor sealahan.Tiap-tiap kerja atau rundingan hendaklah diselesaikan satu-satu dulu, sebelum pindah mengerjakan atau merundingkan yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Satu sangkar dua burung.Dua orang perempuan yang menyukai seorang lelaki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Satu pintu kalau tertutup, sepuluh pintu lagi terbuka.Sesuatu perkara yang tak dapat dirahsiakan lagi; berbagai-bagai macam jalan dan usaha mencari rezeki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Satu nyawa dua badan.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Satu juga gendang berbunyi.Selalu sama saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Satu ditetak, sepuluh rebah.Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biduk satu nakhoda dua.Perempuan yang menduakan suami; suatu pekerjaan dua kepalanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kapal satu nakhoda dua.Suatu pekerjaan yang dikepalai dua orang, alamatlah akan rosak pekerjaan itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123456

Kembali ke atas