Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sau.da.gar] | ساوداݢر

Definisi : orang yg berniaga atau berdagang; ~ keliling penjual yg menjaja jualannya dr satu tempat ke satu tempat; ~ minyak urat orang yg pembohong (orang yg berniaga utk orang lain tetapi mengaku perniagaannya sendiri dll); ~ pengantara Id orang tengah (dlm perniagaan), saudagar penghubung saudagar besar dgn saudagar kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sau.da.gar] | ساوداݢر

Definisi : orang yg berniaga atau ber­dagang secara besar-besaran: ~ bijih timah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudagar

Puisi
 

Ambil galah jolok jantung,
     Jatuh sebiji tepi paya;
Saudagar tidak beruntung,
     Hendak mengadu dagang saya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Perut besar,
     entah anak entah tahi.

Bermaksud :

Saudagar yang besar perniagaannya, entah modal sendiri, ataupun modal pinjaman.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan.Menuruti orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perut besar, entah anak entah tahi.Saudagar yang besar perniagaannya, entah modal sendiri, ataupun modal pinjaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas