Saya getah daun, dia getah batang. | Saya anak saudara, dia anak kandung, lebihlah dia daripada saya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melihat riak air, saya sudah tahu pendayungmu. | Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada berbau telunjuk saya. | Cerita atau perkhabaran yang tidak dapat dipercayai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah. | Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tuan belum berhawadaba lagi saya sudah tahu. | Lebih dulu mengetahui maksud seseorang. hawadaba = aliran udara, bau yang dibawa udara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan. | Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mercun buluh senapang bambu, kepada saya jangan dituju. | Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak sama getah daun dengan getah batang. | Kasih kepada anak sendiri tak sama dengan kasih kepada anak saudara. (Bandingkan dengan: Saya getah daun, dia getah batang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. | Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. | Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |