Dijual sayak, dibeli tempurung. | Yang baru tidak berbeza daripada yang lama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang. | Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Ukur baju di badan sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air yang jernih, sayak yang landai. | Segala sesuatu berlaku dengan adil dan benar. sayak = tempurung kelapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ukur baju di badan sendiri. | Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |