Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yang.kan] | سايڠکن

Definisi : suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayang-kan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggal-kan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayangkan

Puisi
 

Sayangkan kain buangkan baju,
     Sebab baju panjang lima;
Sayangkan lain buangkan aku,
     Sebab aku orang dah lama.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sayangkan kain,
     buangkan baju;
sayangkan lain,
     buangkan aku.

Bermaksud :

Isteri yang mencari kekasih lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sayangkan titik, tak sayangkan tumpah.Si bodoh yang kikir takut akan rugi yang sedikit, tetapi tidak kira akan rugi yang banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sayangkan kain, buangkan baju; sayangkan lain, buangkan aku.Isteri yang mencari kekasih lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sayang di anak dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan.Sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri, pergi merantau ke negeri lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas