Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya. | Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga, b. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buntar dikeping, suarang diagih. | Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Suarang diagih, sekutu dibelah). buntar = bulat; suarang = harta milik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Suarang diagih, sekutu dibelah. | Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Buntar dikeping, suarang diagih). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga. | Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga. | Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya, b. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |