Kecubung berulam ganja. | Sama jahat. kecubung = sebangsa tumbuhan, bijinya memabukkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akik disangka batu. | Sesuatu yang menghina. akik = sebangsa batu berwarna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kesat daun pimping. | Lemah tetapi dapat mendatangkan bahaya. pimping = sebangsa gelagah yang batangnya tiada berongga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pikat kehilangan mata. | Bingung tak tentu arah. pikat = sebangsa lalat besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kerakap tumbuh di batu (= atas batu). | Hidup dalam kemelaratan. kerakap = sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cekarau besar liang. | Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang. cekarau = sebangsa tumbuhan di air yang besar lubang batangnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lading tajam sebelah. | Selalu mahu menerima pemberian, tetapi segan memberi. lading = sebangsa perang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pucuk leban gading gajah, bekerja segan makan gagah. | Malas bekerja, tetapi banyak makan. leban = sebangsa pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tuman makan anak. | Berbuat pekerjaan cabul (terutama pada orang yang seharusnya mesti diperlindungi). tuman = sebangsa ikan sungai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung. | Segala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing. betung = sebangsa buluh besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |