Sebanyak hutang si Jibun. | Sangat banyak hutangnya. Si Jibun = orang yang suka berhutang di sana sini. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. | Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan. | Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |