| Dian sebatang dinyalakan hujung pangkalnya, teraba-teraba sudahnya. | Orang yang membazir tak dapat tiada akan menghadapi kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Enau sebatang dua sigainya. | Satu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang; seorang perempuan yang menduakan suaminya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Paku sebatang, kuat bunyi tukulnya bertalu-talu. | Bercakap besar tetapi bukti kerja tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jika salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separuh dirambah. | Hukuman haruslah dijatuhkan menurut besar kecil kesalahan yang dilakukan. rambah = membabat, menebangi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun. | Lebih sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memperagakan duri sebatang kepada landak. | Hendak melawan orang yang lebih segala-galanya. memperagakan = menunjukkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sepeti duri sebatang terbuang. | Orang miskin yang tiada diendahkan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pipit bukan seekor, jagung bukan sebatang. | Menolak tuduhan tentang sesuatu kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah seekor gembala dua. | Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Enau sebatang dua sigainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |