Sebelum sampai ke api, tentu bahangnya dulu terasa. | Sesuatu bahaya besar biasanya didului dengan tanda-tanda dan alamatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebelum hujan petir berpalu, kilat bersabungan. | Menceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ingat sebelum kena, jimat (= hemat) sebelum habis. | Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bolehkan digabus sebelum diasah? | Sesuatu pelajaran hendaklah dimulai dari permulaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berketak dulu sebelum bertelur. | Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan bernanah sebelum bengkak. | Tidak mungkin dihukum kalau belum melakukan kesalahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkubu sebelum alah. | Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebelum tercapai pantang surut. | Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebelum ajal berpantang mati. | Tak akan mati sebelum sampai waktunya yang ditentukan oleh Tuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedia payung (= berpayung) sebelum hujan. | Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |