| Tak sungguh getah daun, yang sebenarnya getah batang juga. | Sejahat-jahat saudara kandung sendiri, terlebih baik daripada kaum kerabat yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Busuk, busuk embacang. | Kelihatan bodoh, sebenarnya pandai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bakar tak berapi. | Cinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Elok palut pengebat kurang. | Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik. palut = balut, bungkus; kebat = ikat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Embacang buruk kulit. | Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pukul anak sindir menantu. | Mengata-ngatai orang, tetapi sebenarnya perkataannya itu ditujukan kepada orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takut akan bayang-bayang. | Takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Takutkan bayang-bayangnya sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Besi lemah tak patah. | Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Cakapan sejengkel dibawa sehasta. | Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sejengkal menjadi sehasta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dibilang genap, dipapar ganjil. | Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. dipapar = dibentang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |