Seperti beranak besar hidung. | Orang yang sebentar-sebentar menengok dan menunjukkan barang yang baru diperolehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti pucuk ru, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah dilarik (= digerek) kumbang. | Kedudukan (keadaan) yang tidak terjamin, sebentar-sebentar dapat berubah. (Bandingkan dengan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekudung limbat, sekudung lintah. | Fikiran yang tiada tetap: sebentar begini, sebentar begitu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai sepatung mandi. | Sebentar amat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Selama capung cebok. | Sebentar saja; suatu perbuatan yang lekas sekali selesainya. (Biasa juga: Selama sepatung mandi). capung = sepatung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kiambang dilempar. | Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai terung terantuk ke dinding. | Datang berkunjung sebentar saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lurus-lurus telunjuk. | Mengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menjenguk jerat sial. | Melawat sesuatu tempat tetapi hanya sebentar saja; orang yang gemar berjalan-jalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun. | Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |