Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebentar

Puisi
 

Burung serindit terbang melayang,
     Singgah sebentar di pohon buluh;
Wahai mari adikku sayang,
     Hatiku berasa haram tak luluh.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti pucuk ru,
     ke bawah tidak berurat,
di tengah-tengah dilarik (= digerek) kumbang.

Bermaksud :

Kedudukan (keadaan) yang tidak terjamin, sebentar-sebentar dapat berubah. (Bandingkan dengan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti beranak besar hidung.Orang yang sebentar-sebentar menengok dan menunjukkan barang yang baru diperolehnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pucuk ru, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah dilarik (= digerek) kumbang.Kedudukan (keadaan) yang tidak terjamin, sebentar-sebentar dapat berubah. (Bandingkan dengan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekudung limbat, sekudung lintah.Fikiran yang tiada tetap: sebentar begini, sebentar begitu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai sepatung mandi.Sebentar amat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Selama capung cebok.Sebentar saja; suatu perbuatan yang lekas sekali selesainya. (Biasa juga: Selama sepatung mandi). capung = sepatung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kiambang dilempar.Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai terung terantuk ke dinding.Datang berkunjung sebentar saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti lurus-lurus telunjuk.Mengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menjenguk jerat sial.Melawat sesuatu tempat tetapi hanya sebentar saja; orang yang gemar berjalan-jalan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun.Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas