| Seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya. | Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kurang kerat, rengkuh yang lebih. | Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman. | Memegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa. sesapan = semak belukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |