Sebagai sebiji sesawi dalam rumput. | Tidak dikenal kerana kemiskinan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab mutiara sebiji, lautan yang dalam diselam orang. | Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Penyu itu bertelur beribu-ribu, seorang pun tidak tahu; ayam bertelur sebiji, pecah khabar sekampung. | Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |