| Sebuah lesung seekor ayam jantannya (= gedangnya). | Bagi tiap-tiap kaum ada seorang pemimpin yang akan memimpinnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri, haruslah dusun itu dibuangkan. | Jikalau kerana seorang maka kerukunan hidup terganggu maka singkirkanlah orang itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Iba akan kacang sebuah, tak jadi memengat. | Kerana sayang akan perkara yang sedikit, tak tercapai apa yang dimaksudkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sarap sehelai dituilkan, batu sebuah digulingkan. | Menyelidiki dan memeriksa sesuatu dengan teliti. tuil = buang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anak seorang, penaka tidak. | Mempunyai barang hanya sebuah saja. penaka = boleh dipandang sebagai; semisal, seumpama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah. | Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sawah berpermatang (= berpiring), ladang berbintalak. | Segala apa pun harus ada batasnya. bintalak = batas sebuah ladang dengan ladang yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |