Sedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya. | Waktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung. | Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah empat kaki lagi tersaruk). tersandung = terserandung, tersaruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang. | Sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membasahkan garam sendiri. | Menolong orang lain, sedangkan sanak saudara sendiri dibiarkan melarat. (Bandingkan dengan: Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Salangkan tak hujan becak, inikan pula hujan. | Sedangkan tidak melakukan kejahatan telah dituduh, apatah pula kalau benar-benar melakukannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak hujan lagi lecah, inikan pula hujan. | Sedangkan pekerjaan yang senang lagi tidak sanggup dikerjakan, apatah pula pekerjaan yang susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Periuk mengumpat belanga. | Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Kuali mengatakan belanga hitam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Singkat diulas, panjang dikerat. | Yang kurang hendaklah ditambah, sedangkan yang lebih hendaklah dikurangi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuali mengatakan belanga hitam. | Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kata periuk belanga hitam. | Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuali mengatakan belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |