Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dap] | سدڤ

Definisi : 1. enak (pd rasa, bau, dll): kuih itu sangat ~ rasanya; 2. senang (pd perasaan dll), nyaman: tubuh saya tidak ~; asal ada kata begitu alangkah ~ di dlm hati; ~ hati senang, tenteram; ~ keleh Kl indah (pd pandangan) dan menarik; ~ manis a) sopan santun dan menarik hati (kelakuan); b) enak (cita rasanya); ~ mulut sekehendak hati: jangan pakai cakap ikut ~ mulut; ~ dahulu pahit kemudian prb melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan dahulu buruk baiknya akhirnya akan menyesal; ~ manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb sebarang bicara orang hendaklah di­timbang­­kan lebih dahulu sebelum diterima atau ditolak; menyedapkan menjadikan sedap (enak, senang, tenteram, dll), menyamankan, me­nyenangkan (hati, perasaan): pengakuan doktor itu ~ hati isterinya; Aji-no-moto ialah sj bahan utk ~ masakan; sedap-sedapan, sedapan (hidangan) ma­kanan yg sedap-sedap atau enak; kesedapan perihal sedap, rasa sedap, keenak-an, kelazatan: mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur; penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata itu menjadi ~ hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dap] | سدڤ

Definisi : ; ~ malam sj tumbuhan (herba), kerak nasi, Polianthes tuberosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dap] | سدڤ

Definisi : 1 enak rasanya; lazat: Kuih ini sungguh ~. 2 dpt memberi kepuasan kpd perasaan; nyaman; seronok: Saya be­rasa tidak ~ badan hari ini. menye­dap­kan membuat menjadi sedap atau menjadikan berasa sedap; meng­-e­nakkan; menyamankan: Utk ~ masak­an tuan, bubuhlah serbuk perasa sedikit. mempersedap menjadikan lebih se­dap. kesedapan hal atau keadaan sedap; rasa sedap; keenakan; kelazatan; kenyamanan. penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata ~ hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedap (adjektif)
1. Bersinonim dengan enak: lemak, manis, lazat, nikmat, perisa, latif, gurih, legit,
Berantonim dengan hambar

2. Bersinonim dengan segar: seronok, selesa, nyaman, senang, nikmat, enak, indah, sihat, naim,

Kata Terbitan : menyedapkan, kesedapan, penyedap,

Puisi
 

Sedap sungguh jeruk maman,
     Lepas setalam setalam pula;
Sedap sungguh berbantal lengan,
     Lepas semalam semalam pula.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sedap dulu, pahit kemudian.Bersenang-senang dulu, dan akhirnya mendapat kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah.Perbuatan yang tidak sempurna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nasi sedap gulai mentah, gulai sedap nasi mentah.Pekerjaan yang tidak sempurna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama bunga, sedap dipakai, layu dibuang.Kasih sayang sementara disukai, sudah bosan lalu dibuang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat bunga: sedap dipakai layu dibuang.Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan. sedap = maksudnya: segar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar.Susah hati dapat mengubah perangai seseorang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti bunyi gung pecah.Suara yang tidak sedap didengar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas