Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang: badannya ~, tidak tinggi dan tidak rendah; pakaiannya yg ~; 2. tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah: buat satu ayat yg ~; dia menjelaskannya dgn kata-kata yg ~; menyederhanakan menjadikan sederhana (sedang, mudah, pertengahan, dll): kerajaan hendak ~ sistem pelajaran; kesederhanaan perihal sederhana (sedang, pertengahan): suasana kampung yg harmonis digambarkan oleh Othman dgn penuh ~; penyederhanaan perbuatan menyeder­hana­­-kan: Ejaan Suwandi merupakan ~ dan pe­nyem­­purnaan terhadap Ejaan van Ophuy­sen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; se­dang: Pakai­annya ~ sekali. 2 tidak ba­nyak selok-be­loknya; tidak sulit; mudah: Gunakan­lah ayat-ayat yg ~ saja supaya mudah di­faha­mi orang. menye­derhanakan men­ja­dikan sederhana (tidak keterlaluan). kesederhanaan hal atau keadaan se­der­hana. penyederhanaan perbuat­an atau hal menyederhanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sederhana.

Peribahasa

Melebihi ancak-ancak,
     mengurangi sia-sia.

Bermaksud :

Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sederhana supaya selamat. ancak-ancak = tidak pedulikan baik buruknya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Terlampau duka terurah buntil, terlampau suka terurah rahsia.Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melebihi ancak-ancak, mengurangi sia-sia.Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sederhana supaya selamat. ancak-ancak = tidak pedulikan baik buruknya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar di bawah pisang goyangan, besar di bawah tebu berlengkar.Besar dengan didikan yang sederhana saja; belum ada pengalaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas