Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sedan, sedu: tangis dan ~; tersedih-sedih tersedan-sedan, tersedu-sedu, teresak-esak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. = ~ hati berasa pilu (susah, hiba) dlm hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih; 2. menyebabkan rasa pilu (susah, hiba): Rosita menekan dadanya menahan gelora ~ pilu sukmanya; berita ~; cerita ~; bersedih = ~ hati berasa susah (pilu, hiba), berdukacita: dia ~ apakala anaknya dihukum bunuh; menyedihkan 1. menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati, memilukan, menĀ­dukacita-kan: apa yg ~ hati adik? 2. berasa sedih kerana sesuatu: tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara itu; kesedihan perihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~; penyedih orang yg mudah berasa sedih (selalu berasa sedih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = ~ hati rasa pilu dlm hati; susah hati: ~ rasanya mengenang peristiwa-peristiwa yg lalu. 2 dpt menimbulkan rasa pilu (hiba): cerita-cerita ~. bersedih, = ~ hati berasa pilu (hiba); berdukacita. menyedihkan menyebabkan berasa sedih; menimbulkan rasa sedih: Apa yg ~ kamu?. Keadaan orang-orang Melayu di kawasan luar bandar amat ~. kesedihan perasaan atau keadaan sedih; kesusahan hati. penyedih orang yg mudah atau selalu berasa sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedih (kata nama)
Bersinonim dengan sedan, isak, sedu, sedu-sedan, tangis, senggukan, esakan.,
Kata Terbitan : sedih2, bersedih, menyedihkan, penyedih, kesedihan,

Puisi
 

Ikan putih terenang-renang,
     Anak sepat dari muara;
Sungguh sedih bila dikenang,
     Sahabat setia buat angkara.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Air diminum terasa duri,
     nasi dimakan terasa sekam.

Bermaksud :

Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Air diminum sembiluan.Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. sembiluan = rasa pedih seperti dihiris dengan sembilu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai dirahap kain basah.Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar khabar atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri. rahap = bungkus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas