Hendak meluruskan ekor anjing. | Sukar untuk mengubah kelakuan yang sudah menjadi tabiat. (Bandingkan dengan: Ekor anjing berapa pun dilurut [akan dia] tiada juga betul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti hendak meluruskan ekor beruk. | Sangat sukar menasihati orang yang degil. (Bandingkan dengan: Ekor anjing berapa pun dilurut [akan dia] tiada juga betul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing tiada bercawat ekor. | Sesuatu yang hina dan tiada berguna. (Bandingkan dengan: Anjing bercawat ekor). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Muka licin ekor penuh berkudis. | Berpura-pura seperti orang kaya, sedangkan hidupnya melarat. (Bandingkan dengan: Muka licin, ekor berkedal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut bagai ekor ayam dihembus. | Tak berhenti-henti bercakap; tiada diam. (Peribahasa lain yang sama makna: Moncong seperti ekor ayam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing bercawat ekor. | Pergi atau menghindar kerana malu dan sebagainya. (Bandingkan dengan: Sepuluh jung [= kapal] masuk pelabuhan, anjing bercawat ekor juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus. | Tabiat seseorang yang jahat, sangat sukar hendak diubah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ekor anjing berapa pun diulurut [akan dia] tiada juga betul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepuluh jung (= kapal) masuk pelabuhan, anjing bercawat ekor juga. | Tidak mengendahkan perubahan dan kemajuan. (Bandingkan dengan: Anjing bercawat ekor). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. | Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi). bergelumang = kotor berlumur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul. | Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. (Bandingkan dengan: Seperti hendak meluruskan ekor beruk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |