Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan. | Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada padi, segala menjadi. | Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beremas kemas, berpadi menjadi. | Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi segala menjadi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. | Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi, segala menjadi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan dipagar bintang. | Cocok segala-galanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertunggul ditarah, kesat diempelas. | Segala perselisihan kecil dan besar hendaklah diselesaikan dengan seadil-adilnya. empelas = pohon yang daunnya kasap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan berpohon, panas berasal. | Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kusut diselesaikan, keruh diperjernih. | Segala perselisihan hendaklah didamaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langit runtuh, bumi cair. | Segala harapan sudah musnah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |