| Segan bertanya sesat jalan. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Segan menggerak lingkar. | Terlalu malas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Segan bergalah, hanyut serantau, b. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut, c. Segan bertanya sesat jalan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Segan (= malu) berkayuh, perahu hanyut. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hidup segan mati tak mahu (= embuh). | Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Segan bergalah, hanyut serantau. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Malu makan, perut lapar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menugal rajin menuai segan. | Orang dagang yang malas mengutip piutangnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pucuk leban gading gajah, bekerja segan makan gagah. | Malas bekerja, tetapi banyak makan. leban = sebangsa pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Malu makan, perut lapar. | Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Daun nipah dikatakan daun labu. | Kalau segan bertanya tentulah timbul salah faham. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |