Sehari kahwin, sehari tua; sehari beranak, sehari gila. | Orang muda yang sudah kahwin dianggap sudah masuk golongan tua (fikiran dan kelakuan), pada waktu dapat anak gembiralah ia seperti gila. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain. | Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau. | Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari, b. Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari). liput = genang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. | Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga. | Perbuatan yang terlanjur, sekalipun sedikit akibatnya sama juga dengan yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. | Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kali sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut. | Berbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit. | Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |