Kain sehelai peminggang habis. | Mengalami kerugian atau kecurian. peminggang = lambung perahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain sehelai berganti-ganti. | Suami isteri yang miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sarap sehelai dituilkan, batu sebuah digulingkan. | Menyelidiki dan memeriksa sesuatu dengan teliti. tuil = buang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggal kain sehelai sepinggang. | Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kelopak salak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak berkain sehelai benang. | Hidup melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain sehelai sepinggang habis. | Mengalami kerugian atau kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: Kain sehelai peminggang habis). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyuruk (menyorok) di balik lalang sehelai. | Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengendap di balik lalang sehelai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengendap di balik lalang sehelai. | Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menyuruk [menyorok] di balik lalang sehelai, b. Menyuruk [menyorok] di balik lumbung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyuruk (menyorok) di balik lumbung. | Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengendap di balik lalang sehelai, b. Menyuruk (menyorok) di balik lalang sehelai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bergantung (di) rambut sehelai. | Dalam keadaan yang sangat berbahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |