Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.im.bang] | سأيمبڠ

Definisi : 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.im.bang] | سأيمبڠ

Definisi : 1 sama berat; tidak berat sebelah: Pendapatan penduduk luar bandar tidak ~ dgn pendapatan penduduk bandar. 2 sesuai atau cocok benar; sepadan; sebanding: Dia telah menerima hukuman yg ~ dgn kesalahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Garuda diburu layang-layang yang dapat.

Bermaksud :

Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bertemu ruas dengan buku.Sesuai, seimbang; lelaki perempuan yang sudah memang jodohnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Garuda diburu layang-layang yang dapat.Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka.Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas