Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.la] | سکالا

Definisi : biasanya, ghalibnya, selalunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.la] | سکالا

Definisi : ; projek ~ projek yg dilaksanakan sekali sahaja dgn peruntukan khas; sekali ~ sekali-sekali, kadang-kadang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.la] | سکالا

Definisi : ; sekali-~ kadang-kadang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekala (kata tugas)
Bersinonim dengan biasanya, ghalibnya, selalunya, selamanya, lazimnya, umumnya, begitulah, adatnya, seperti yang sudah-sudah, amnya;,

Peribahasa

Anjing biasa makan tahi,
     jika tak makan mencium ada juga.

Bermaksud :

Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain dalam acar dikutip dicuci, hendak masuk ke longkang juga.Orang yang bertabiat jahat walaupun diperbaiki, sekali-sekala akan berbuat jahat juga. acar = tempat membuang kotoran; longkang = limbahan; selokan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga, b. Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul.Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. (Bandingkan dengan: Seperti hendak meluruskan ekor beruk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas