Disuruh dituruti, berserah sekehendak hati. | Harap-harap percaya tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berpaut sehasta tali. | Tidak dapat berbuat sekehendak hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tali putus keluan putus. | Anak muda yang berbuat sekehendak hatinya, kerana orang yang menjaganya sudah tidak ada lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menyesah kain dapat. | Barang pinjaman yang dipakai dengan sekehendak hati saja. menyesah = memukul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gajah masuk kampung. | Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya terhadap orang yang lemah (orang kecil). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tampak ijuk tak bersagar, lurah tak berbatu. | Seseorang yang diperlakukan dengan sekehendak hati, kerana tidak ada kaum kerabatnya yang disegani orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah masuk kampung, kalau kayu (= pohon) tak tumbang, rumput layu juga. | Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang menebus berpadang senang, orang diberi beroleh saja. | Sesuatu yang menjadi milik kita dapat dibagikan mengikut sekehendak hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi. | Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |