Disuruh dituruti, berserah sekehendak hati. | Harap-harap percaya tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berpaut sehasta tali. | Tidak dapat berbuat sekehendak hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menyesah kain dapat. | Barang pinjaman yang dipakai dengan sekehendak hati saja. menyesah = memukul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tampak ijuk tak bersagar, lurah tak berbatu. | Seseorang yang diperlakukan dengan sekehendak hati, kerana tidak ada kaum kerabatnya yang disegani orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang menebus berpadang senang, orang diberi beroleh saja. | Sesuatu yang menjadi milik kita dapat dibagikan mengikut sekehendak hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi. | Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |