Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu. | Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lipas kudung. | Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut. | Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut. | Orang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekali tersengat, selalu beringat. | Orang yang telah pernah menderita kesusahan (kecelakaan), maka berhati-hatilah ia dalam semua gerak-gerinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali dipatuk ular, tali pun ditakutkannya juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa. | Hidup di dunia adakalanya senang dan adakalanya susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bajak selalu di tanah yang lembut. | Orang yang lemah selalu menderita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek. | Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam. | Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing). | Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |