Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,

Puisi
 

Kaju-kaju sembilan panjang,
     Pulas-pulasan si daun kayu;
Tujuh tahun sembilan bulan,
     Ingat-ingatan datanglah selalu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Agak-agak bertutur malam hari.

Bermaksud :

Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis.Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Agak-agak bertutur malam hari.Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah.Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan.Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah). menghadap surut = menengok ke belakang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ingat sebelum kena, jimat (= hemat) sebelum habis.Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas