| Bagai ilak bercerai dengan benang. | Bercerai untuk selama-lamanya. ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Api nan tak kunjung padam. | Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mana busuk yang tidak berbau? | Tak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari. | Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Utang (hutang) emas dapat (= boleh) dibayar, utang (hutang) budi dibawa mati. | Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Selama air hilir, selama gagak hitam. | Tidak berubah-ubah, tetap selama-lamanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |