Berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan. | Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah). menghadap surut = menengok ke belakang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengebat sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang. | Pendirian yang tetap. sedang = cukup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naik membilang anak tangga turun selangkah jejaklah ke bumi. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik melompat, turun terjun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naik seperti semut, turun seperti ribut. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |